Projek Kemanusiaan Antarabangsa Sani Araby Al-Kahery

1.Rescue Syria Humanitarian Aid Projects[25]

Beliau diamanahkan oleh pihak MAPIM untuk mengasas dan mengetuai projek kemanusiaan di dalam Syria selepas berlaku perang 2012. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah memfokuskan beberapa sektor yang terdesak untuk diberi bantuan kecemasan. Sehingga Mac 2017, Team Rescue Syria MAPIM telah berjaya menghantar bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia[26] sebanyak RM 6,500,000 kepada rakyat Syria yang memerlukan. Beliau juga telah mengasaskan Online Infaq Solution dimana sumbangan disalurkan secara tersusun menerusi www.tabungsyria.com. Bantuan ini disalur secara terus menerusi beberapa siri misi kemanusian yang diketuai sendiri oleh Sani Araby Al-Kahery. Cabaran yang dilalui team RescueSyria banyak dikongsi bersama dalam penulisan media tempatan serta di slot jemputan stesyen televisyen tempatan dan luar negara. Antara kejayaan Misi Bantuan RescueSyria (MAPIM) adalah seperti :

  • Membina 24 buah telaga air di 4 negeri Syria dan berjaya beri khidmat kepada lebih 250,000 penduduk sekitar.
  • Menghantar 15 buah kontenna bantuan kecemasan Syria
  • Mengedarkan 130,000 pek roti untuk 100,000 keluarga Syria
  • Menghantar 7,000 winter blanket untuk pelarian di dalam Syria
  • Menghantar 7,000 winter heater untuk pelarian di dalam Syria
  • ReActivate 20 Masjid di dalam Syria yang separa musnah dan rosak akibat diserang ketika perang.
  • ReActivate 23 sekolah di 4 negeri dalam Syria. Kini sekolah ini beroperasi dengan jumlah pelajar keseluruhan sebanyak 15,000 orang.
  • Menghantar 7 van ambulan untuk kegunaan 6 buah medical points dan hospital di Azaaz, Idleb, Aleppo, Hama -Syria.
  • Membina sebuah klinik bersalin yang dinamakan Malaysia Maternity & Paediatric Clinic For Syria untuk beri khidmat kepada 2 buah negeri di Hama & Idleb[27].
  • ReActivate 4 buah ladang (Lembu/Kambing/Kentang) untuk beri pekerjaan kepada pelarian dalam negara Syria dan sumber ekonomi pusingan.
  • Mengasaskan sebuah pusat pembangunan guru untuk melatih dan membangunkan sektor pendidikan dalam cabaran medan perang.
  • Menaja dan menyokong 6 buah hospital di dalam Syria yang sangat terdesak memerlukan bantuan berupa ubatan dan peralatan perubatan.
  • Membina sebuah Institut Pendidikan peringkat kolej di Hama khusus untuk pengajian Islam dan juga Sosial.
  • Mengasaskan 2 buah kem pelarian Internally Displace People (IDP) di dalam Syria dan membina 200 khemah yang menempatkan 2,000 pelarian Syria.

2.International Grand Project : Rebuild Gaza For Ummah

Sani Araby Al-Kahery merupakan antara individu yang terlibat secara langsung[28] dan telah mengasaskan sebuah kempen yang dinamakan sebagai International Grand Campaign : Rebuild Gaza For Ummah[29] selepas terselamat dari Perang Gaza-Israel 2012. Cetusan idea menerusi gemblengan tenaga sahabat MAPIM telah berjaya menghantar lebih RM 22,000,000 untuk membantu Gaza menerusi 6 projek fokus utama iaitu :

  • Pembinaan semula 10 buah masjid di Gaza[30]
  • Mengasaskan Economy Breathing Empowerment Programme (Micro Credit) yang telah berjaya membantu 144 peniaga untuk besarkan perniagaan dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Gaza.
  • Mengasaskan Education Sponsorship Program yang telah berjaya memberi manfaat kepada lebih 3,000 pelajar peringkat pra-sekolah, rendah, menengah serta universiti di dalam Gaza serta di Malaysia.
  • Mengasaskan Rebuild My Gazzan Home Project : sebanyak 200 keluarga dibantu bina semula rumah mereka setelah hancur dibom regim Israel.
  • Mengasaskan Care Orphanage Programe dengan kerjasama ngo SALIMAH: telah membantu hampir 2500 anak yatim Gaza
  • Mengasaskan Hospital upgrade & medical Assistant Programme: membantu lebih dari 4 buah hospital utama menerusi pembiayaan ubatan serta penajaan barangan medic.

Rujukan

WikiPedia: Sani Araby Al-Kahery http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pendiria... http://us3.campaign-archive2.com/?u=052bc54bc5daf8... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d... http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/terk... http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/mapim-... http://www.sinarharian.com.my/nasional/mapim-hanta... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Korporat/20131008/... http://www.upsi.edu.my/index.php/2016-05-24-09-16-... https://www.facebook.com/Aku.Cinta.Allah.1 https://www.facebook.com/profile.php?id=1000002762...